Wednesday 23 September 2015

~aku dan hari arafah





Setiap hari arafah (9 zulhijjah), aku akan teringat zaman kegelapan yang aku lalui sebelum ini.. teringat akan saat pertama allah subhanahu wa ta'ala memberikan aku hidayah dan mengeluarkan aku dari kegelapan..

suatu hari, aku terbaca iklan di kaca tv yang menyebut fadhilat puasa hari arafah "puasa pada hari arafah akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang (dosa-dosa kecil)" lalu allah gerakkan hatiku untuk berpuasa pada hari esoknya.. bisik hatiku sambil mengenang dosa2 silam "dosa-dosa kecil allah ampunkan pun tak apa, yang penting berkurang sikit saat dihisab amalan"

esok paginya aku pun bangun untuk sahur.. sambil mandi terfikir pulak "kalau puasa+solat lagi besar pahala.. okay aku solat harinie ja" selesai sahur, azan subuh pun berkumandang disurau, dengan langkah yang penuh semangat allah gerakkan kakiku untuk melangkahkan ke surau.. lalu pada ketika solat berjemaah, tiba-tiba aku tidak dapat menahan airmata.. "terasa" allah dekat ja dengan aku.. sangat hampir sehingga sejuk terasa didada.. sepanjang solat airmataku mengalir..
sesampaiku dirumah aku terus mengalirkan airmata yang aku sendiri tidak faham, airmata apakah yang mengalir di pipi.. "inikah rahmatMu yang selama ini ku damba?" ya allah.. besarnya rahmatMu tidakku sangka Kau pilih aku untuk diberi hidayah 

setelah peristiwa itulah aku semakin mempelajari agama.. bergaul dengan orang-orang soleh, selalu berada di masjid dan surau.. walaupun terkadang terlepas solat, tidak dapat berjemaah, namun aku tetap menjaga "hidayah" yang diberi allah kepadaku.. kerana aku sedar, kita manusia biasa tidak lepas dari dosa.. namun pintu-pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita selagi dihati ada "inabah" (pengembalian ataupun rasa ingin kembali kepada allah) InsyaAllah, allah akan beri kita hidayah~