Saturday 22 December 2012

Implikasi Perlaksanaan Jihad

Pertama: Tawanan

Implikasi penting kesan perlaksanaan Jihad ialah wujudnya tawanan orang kafir yang ditawan oleh orang Islam. Sekiranya tawanan itu kanak-kanak atau wanita, maka dengan hanya ditawan, mereka menjadi hamba dari segi hukum. Sekiranya tawanan itu adalah golongan lelaki yang baligh, maka dengan hanya ditawan, mereka dikategorikan sebagai hamba. Sebaliknya ia bergantung kepada keputusan pemerintah. Sekiranya dia menjadikan dia hamba, mereka akan menjadi hamba. Jika tidak, mereka akan kekal merdeka.

-Kedudukan Tawanan-

Tentang nasib yang bakal dilalui oleh tawanan, pemerintah berhak memilih satu daripada empat perkara: dibunuh, dibebaskan (al-mann), ditebus dengan harta (al-fida') atau dijadikan hamba. Pemerintah boleh memilih mana-mana keputusan yang dikehendakinya dengan mengambil kira kepentingan dan kebaikan umat Islam. Ia dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah 'azza wa jalla :


Dalil membunuh tawanan pula dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Tindakan menjadikan tawanan sebagai hamba pula adalah berdasarkan sunnah dan perbuatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kerana Baginda pernah menjadikan tawanan perang Khaibar, Quraizhah dan Hunain sebagai hamba.

Daripada Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu katanya: "Bani an-Nadhir dan Quraizhah telah melancarkan peperangan, lalu Baginda mengusir Bani an-Nadhir dan membiarkan serta membebaskan Quraizhah, sehingga Quraizhah melancarkan peperangan lagi. Baginda pun membunuh kaum lelaki mereka dan mengagihkan kaum wanita, kanak-kanak serta harta benda mereka antara orang Islam." (Hadis Riwayat al-Bukhari 3804)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga telah menjadikan tawanan Bani Hazawin sebagai hamba. Kemudian Baginda meminta orang Islam membebaskan mereka, ketika wakil Hazawin yang telah memeluk Islam datang dan meminta agar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengembalikan tawanan serta harta benda mereka. Peristiwa ini berlaku setelah tawanan tersebut diagihkan kepada orang Islam. Orang Islam pun membebaskan mereka tanpa sebarang bayaran. (Hadis Riwayat al-Bukhari 2963)

Daripada Iyas bin Salamah radhiyallahu 'anhu daripada bapanya, bahawa satu sariyyah (tentera yang dihantar Rasulullah, ia dinamakan qazwah) telah membawa pulang beberapa orang tawanan. Antara tawanan tersebut terdapat seorang wanita daripada Bani Fazarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun menghantar kepada penduduk Makkah dan menebus dengannya beberapa orang Islam yang telah ditawan di Makkah. (Hadis Riwayat Muslim 1755) 
#Imam Muslim juga meriwayatkan (hadis ke 1763) bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menerima bayaran tebusan daripada tawanan Badar.

Kedua: Perhambaan

Perhambaan menurut syariat Islam ialah kelemahan berbentuk hukuman yang menimpa seseorang, pada asalanya disebabkan oleh kekufuran. Kelemahan pada hukum ini dapat dilihat dengan hilangnya kelayakan untuk memiliki harta dan hilangnya hak-hak sosial.

-Hikmah Dibenarkan Perhambaan-

Perhambaan, pembebasan, penebusan dan pembunuhan termasuk dalam hukum syar'iyyah dan tertakluk kepada pandangan pemerintah Islam. Dalam hal ini, pemerintah perlu mengambil kira kepentingan umum umat Islam. Hikmah perhambaan dijadikan sebagai pilihan merupakan senjata yang digunakan oleh musuh terhadap tawanan Islam yang ditawan oleh mereka.

Adalah adil apabila umat Islam turut memilik senjata ini dengan menyerahkan aspek perlaksanaannya kepada pemerintah berdasarkan keperluan yang ada, seperti dia mendapati pihak musuh telah menjadikan tawanan Islam sebagai hamba. Adalah tidak adil sekiranya senjata ini (iaitu peperangan yang lahir dari peperangan) dihapuskan sepenuhnya, sedangkan musuh mengunakan dan mereka merasa bahagia kerana hanya mereka yang memiliki senjata ini.

-Kedudukan Hukum Perhambaan Pada Hari Ini-

Menjadikan tawanan perang sebagai hamba masih diterima sehingga kini sebagai hukum syarak yang termasuk dalam hukum-hukum pemerintah. Maksudnya, pemerintah menggunakan pandangan dalam hal tersebut berdasarkan kepada kepentingan umum umat Islam. Namun demikian, semenjak sekian lama hukum ini tidak dilaksanakan, kerana tiada sebarang kepentingan yang menuntut perlaksanaannya. Tambahan pula seluruh dunia bersetuju untuk tidak lagi menjadikan tawanan perang sebagai hamba. Persetujuan ini menjadikan Islam tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk memperhambakan mereka.

Hukum-hakam berbentuk siyasah syar'iyyah yang berkaitan dengan Jihad lebih menyerupai undang-undang darurat. Berdasarkan undang-undang ini, ketua negara boleh menggantung perlaksanaan undang-undang, mengisytiharkan darurat dan menetapkan apa yang dikehendaki menggunakan nama tersebut. Pemerintah juga boleh melaksanakan beberapa kesesuaian tertentu yang telah diletakkan oleh Syara' di bawah kuasanya. Ini supaya dia dapat menggunakannya ketika perlu dan terdesak, seperti hukum perhambaan, membunuh tawanan, memotong pokok-pokok milik orang kafir, membakar rumah mereka dan sebagainya bergantung kepada apa yang difikirkan baik untuk kepentingan umat Islam. Antara perkara yang wajib diketahui ialah, mana-mana orang kafir yang memeluk Islam sebelum ditawan sekalipun setelah dikalahkan, dia telah memelihara darahnya daripada dibunuh, dirinya daripada diperhambakan, dan anak-anaknya yang masih kecil daripada ditawan dan dijadikan hamba. 
Dalilnya adalah firman Allah 'azza wa jalla :



Tidak diragui lagi bahawa hubungan persaudaraan ini akan mempastikan nyawa, harta benda dan anak-pinak mereka terpelihara. Pemeliharaan ini berlaku apabila mereka memeluk Islam sebelum mereka menjadi tawanan tentera Islam.

Daripada 'Abdullah bin 'Umar bin al-Khattab radhiyallahu 'anhu, perkara ini dibuktikan oleh sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : "Saya diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Sekiranya mereka melakukan perkara itu, mereka adalah memelihara darah dan harta benda mereka daripadaku melainkan kerana hak Islam. Perhitungan sebenar terserah kepada Allah." (Hadis Riwayat al-Bukhari 25 dan Muslim 22)

Anak-anak yang masih kecil diiktiraf sebagai orang Islam ketika terdapat tiga sebab berikut:

1. Salah seorang ibubapa mereka memeluk Islam. Kerana anak mengikuti agama yang lebih mulia yang dianuti oleh ibu bapanya. Ia merupakan kelebihan kepada Islam, menjaga kepentingan kanak-kanak, dan mengutamakan apa yang lebih berguna untuknya. Ini bertetapan dengan Islam yang bersifat sempurna, mulia dan tinggi. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya" (Diriwayatkan oleh ad-Daruqutni kitab nikah dan al-Bukhari kitab al-'Aini 8/169)


2. Kanak-kanak yang ditawan oleh orang Islam, dalam keadaan dia terpisah dari ibubapanya. Ketika itu, dia dikira sebagai orang Islam mengikut agama orang yang menawannya, demi mengutamakan kepentingannya.

3. Laqit ( anak kecil yang dijumpai dan tidak diketahui ibubapanya) yang dijumpai dalam negara Islam. 
Dia dikira sebagai orang Islam mengikut tempat di mana dia dijumpai. Kerana ia lebih memberikan kebaikan untuknya.

Ketiga: Harta Rampasan Perang (Ghanimah dan Salab)

Harta ghanimah adalah harta yang diambil secara paksa daripada kafir harbi, sama ada dalam bentuk harta boleh dialih ataupun harta yang tidak boleh dialih, sama ada ia diambil ketika peperangan masih berlangsung ataupun ketika memburu musuh yang melarikan diri. Salab pula ialah harta dan senjata peribadi yang ada pada mayat tentera musuh yang dibunuh.

-Hukum Harta Ghanimah-

Harta ghanimah wajib dibahagikan kepada lima bahagian. Empat bahagian diagihkan kepada para tentera. Kaedah pengagihan yang diamalkan pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah tentera berjalan kaki memperolehi satu bahagian. Sementara tentera berkuda memperolehi tiga bahagian. Seorang lelaki bertanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : "Apakah katamu tentang harta rampasan perang?" Baginda bersabda: "Satu perlima untuk Allah, dan empat perlima lagi untuk para tentera." 
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi 9/62)

Daripada Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyerahkan kepada tentera berkuda sebanyak dua bahagian dan tentera yang lain satu bahagian" 
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari 2708)

Daripada 'Abdullah bin 'Umar radhiyallahu 'anhu katanya : "Pada perang khaibar, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan dua bahagian kepada tentera berkuda dan satu bahagian kepada tentera berjalan kaki." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 3988 dan Muslim 1762)

Pembahagian adalah mengenal pasti perbezaan antara tentera dengan mengambil kira jurang yang wujud antara tentera berkuda dan tentera berjalan kaki. Tentera diperingkat rendah mungkin akan mendapat satu pertiga berbanding tentera di peringkat tertinggi. Walau bagaimana keadaan sekalipun, empat perlima daripada harta perolehan perang perlu dipisahkan dan dikhususkan untuk para tentera sahaja. Harta in perlu dibahagi menurut kaedah yang digunakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan mengambil kira perubahan yang berlaku pada peralatan perang dan kesan peralatan itu kepada unit-unit tentera. Tidak ada halangan untuk mengagihkan bahagian tentera ini dalam bentuk elaun gaji. Apa yang penting negara tidak dibenarkan mengambil harta yang diperolehi ini untuk kegunaan negara. Namun demikian, harta perolehan ini hanya akan diagihkan kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam.
2. Baligh. (sampai umur)
3. Berakal.
4. Merdeka. (bukan hamba)
5. Lelaki.

Mana-mana tentera yang tidak memenuhi syarat diatas akan mendapat sagu hati daripada pemerintah sebelum harta tersebut diagihkan kepada tentera. Ini bergantung kepada sumbangan yang diberikan, tetapi sagu hati ini tidak boleh lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh tentera berjalan kaki. Ini kerana mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas seperti kanak-kanak, wanita dan hamba. Mereka bukanlah di kalangan yang wajib menyertai Jihad. Berkenaan dengan satu perlima lagi daripada harta rampasan perang ini, ia diagihkan kepada lima bahagian seperti mana yang dinyatakan dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala :


'Satu perlima untuk Allah' bermaksud: Allah akan membahagikannya mengikut kehendak-Nya. 

'Untuk rasul-Nya' bermaksud: Baginda melakukan pengagihannya dan memperolehi bahagiannya, iaitu satu perlima daripadanya. 

'Anak yatim' ialah kanak-kanak yang tidak berbapa. Setelah baligh, dia tidak lagi dikategorikan sebagai anak yatim. Ini berpandukan kepada hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, Daripada Ali bin Abu Talib  radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tiada lagi keyatiman setelah (kanak-kanak) bermimpi (baligh)" (Hadis Riwayat Abu Dawud 2873)

'Ibnu as-sabil' ialah perantau yang kehabisan bekalan dan berada jauh daripada hartanya.

'Kaum kerabat' ialah kaum keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tidak dibenarkan menerima zakat. Mereka ialah Bani Hashim dan Bani al-Muttalib.

Daripada Jabir bin Muth'im radhiyallahu 'anhu katanya: "Saya bersama Utsman bin Affan berjalan untuk menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam , lalu kami berkata: "Wahai Rasulullah! Tuan telah memberi kepada Bani al-Muttalib dan membiarkan kami, sedangkan kami dan mereka sama darjat kepadamu?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya hanya Bani al-Muttalib dan Bani Hashim perkara yang sama." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2981)

Maksud sama darjat ialah sama dari segi keturunan, kerana kesemuanya berasal daripada Bani 'Abdi Manaf. Dan perkara yang sama bermaksud mereka membantu Baginda sebelum dan sesudah memeluk Islam.

-Hukum Harta Salab-

Maksud harta salab iaitu (harta peribadi yang ada besama tentera musuh yang dibunuh) dan juga berbeza dengan harta ghanimah (rampasan perang). Harta tentera yang dibunuh ini (salab) adalah milik orang membunuhnya, jika dia mengambilnya. Disamping itu dia juga layak mendapat harta rampasan perang. Dalilnya ialah, daripada Abu Qatadah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang membunuh seseorang (musuh) dan dia mempunyai bukti, harta salab itu adalah haknya."(Hadis Riwayat al-Bukhari 2973)

-Perhatian
Imam Syafie rahimullah berpendapat hukum harta peribadi musuh yang dibunuh tadi merupakan hukum tablighi, iaitu hukum yang disampaikan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan kekal hingga ke hari kiamat. Sementara Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat, hukum ini adalah hukum qadhaie (perundangan), iaitu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memutuskan hukum ini dengan kedudukannya sebagai pemerintah, bukannya sebagai hukum yang disampaikan daripada Allah 'azza wa jalla dengan kedudukan sebagai Nabi. Dengan ini, pemerintah selepas zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berhak memindah hukum ini mengikut kesesuaian semasa.

Keempat: Fai'

Fai' ialah harta yang diperolehi oleh umat Islam daripada musuh tanpa peperangan, sama ada harta boleh alih atau tidak boleh alih. Allah 'azza wa jalla berfirman mengenai harta Yahudi Bani an-Nadhir:


Perbezaan antara fai' dengan ghanimah ialah ghanimah diperolehi oleh umat Islam melalui peperangan, sementara fai' ialah harta yang diperolehi oleh umat Islam tanpa berperang.


-Hukum Fai'-

Fai' dibahagikan kepada lima bahagian. Satu perlima daripadanya diagihkan sama seperti satu perlima harta ghanimah, iaitu kepada lima kumpulan berikut:

1. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengambil satu perlima daripada satu perlima fai' (1/25) mengikut keperluan perbelanjaan Baginda dan keluarganya. Selebihnya pula diperuntukkan untuk kepentingan umat Islam, seperti keperluan di sempadan negara Islam dan projek-projek yang lain. Selepas kewafatan Baginda, bahagian ini akan digunakan untuk pelbagai kepentingan umat Islam.
Daripada 'Umar ibn al-Khattab radhiyallahu 'anhu, katanya: "Harta kepunyaan Bani an-Nadhir telah menjadi sebahagian daripada harta yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Kerana harta itu diperolehi tanpa umat Islam memacu kuda atau menunggang kenderaan mereka. Oleh itu, ia menjadi milik khusus Rasulullah s.a.w. Baginda mengunakan harta ini untuk perbelanjaan keluarganya selama setahun. Baginda menjadikan bakinya untuk senjata dan kuda sebagai peralatan untuk perang di jalan Allah. 
(Hadis Riwayat al-Bukhari 2748)

2. Kaum kerabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Iaitu Bani Hashim dan Bani al-Muttalib seperti yang disebutkan diatas sebelum ini.

3. Anak yatim. Iaitu orang yang kematian bapanya dan masih belum baligh.

4. Orang miskin. Termasuk juga golongan fakir, kerana keadaan mereka lebih daif daripada orang miskin.

5. Ibnu as-sabil. Iaitu orang musafir yang kehabisan bekalan dan berada jauh daripada hartanya.

Baki empat perlima lagi dibelanjakan untuk kepentingan umat Islam dengan syarat keutamaan diberikan kepada meningkatnya taraf anggota tentera, iaitu askar-askar yang ditugaskan untuk berJihad. Sekiranya harta fai' berbentuk harta boleh alih, ia dibahagikan kepada mereka. Sekiranya bukan harta boleh alih seperti tanah, rumah, kebun dan seumpamanya, ia diwakafkan untuk kepentingan Baitul Mal umat Islam, dan hasilnya diagihkan mengikut pengagihan yang dinyatakan sebelumnya. Semua ini dinyatakan oleh firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Ayat ini bersifat mutlak. Ia tidak menyebut bahawa harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada lima bahagian, seperti mana jelas dalam ayat di atas. Walau bagaimanapun, huraian ayat ini dikaitkan dengan ayat pembahagian harta ghanimah yang menyebut tentang pembahagiannya kepada lima bahagian. Oleh itu harta fai' juga perlu dibahagikan kepada lima bahagian.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hak saya dalam harta fai' yang Allah kurniakan hanyalah satu perlima, dan satu perlima itu dikembalikan kepada kamu." 
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab Nihayah 3/272)

Maksud "satu perlima" ialah satu perlima daripada satu perlima (1/25). Sementara maksud "satu perlima dikembalikan kepada kamu" ialah harta ini dibelanjakan untuk kepentingan kamu, iaitu selepas kewafatan Baginda. Selain itu, termasuk dalam perbelanjaan harta fai' ialah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyara keluarga anggota tentera yang terkorban. Mereka dinamakan sebagai murtaziqah. Keluarga mereka tetap diberikan peruntukan, walaupun mereka tidak mati di medan peperangan. Demikian juga para ulama dan mereka yang berkemahiran yang mana kemahiran mereka diperlukan oleh umat Islam. Waris mereka juga akan diberikan perbelanjaan yang secukupnya bagi menampung keperluan mereka.

Kelima: Jizyah

Jizyah adalah kata nama yang terbit daripada jaza', iaitu ganjaran atau hukuman. Dari segi syarak, istilah ini merujuk kepada harta yang dibayar kepada Ahli Kitab dan golongan yang seumpamanya mereka kepada Baitul Mal. Bayaran ini adalah sebagai jaminan kepada keselamatan, perlindungan dan penjagaan yang diberikan kepada mereka. Serta kesanggupan kerajaan Islam untuk mengendalikan kebajikan mereka tertakluk kepada peraturan dan syarat tertentu.

Berkaitan jizyah disyariatkan ke atas Ahli Kitab dan seumpama dengan mereka. Perkara ini berpandukan kepada firman Allah subhanahu wa ta'ala menyebut tentang Ahli Kitab:


Menurut Imam Syafie rahimullah, maksud "merendah diri" ialah mereka tertakluk kepada pemerintahan Islam.

-Hikmah-

Ahli Kitab meyakini kewujudan Allah. Ini membuka ruang kepada mereka untuk berinteraksi dengan umat Islam berpandukan garis panduan dan peraturan yang ditetapkan. Antara faedah hubungan yang wujud berdasarkan  kebebasan berfikir ini adalah berlakunya pertemuan pelbagai fikiran. Melalui pertemuan ini Ahli Kitad dapat menyelami hakikat Islam yang tidak pernah mereka ketahui. Begitu juga ia dapat mengikis punca fanatik dan membawa semua pihak berpegang kepada kebenaran. Walau bagaimanapun, hubungan ini tidak akan wujud melainkan setelah negara Islam menjalankan tanggungjawabnya kepada mereka dan menjaga kebajikan mereka, terutamanya dalam aspek sosial dan ekonomi. Langkah ini hanya akan dapat dicapai apabila mereka membayar cukai dalam bentuk wang dengan jumlah tertentu. Dengan adanya bayaran ini, ia akan memudahkan negara menjalankan tanggungjawab.

-Syarat-

Kontrak jizyah perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mereka yang dikenakan jizyah mestilah terdiri daripada Ahli Kitab, iaitu kristian, yahudi dan seumpama mereka, iaitu majusi. Ini berpandukan hadis dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam : "Lakukanlah terhadap mereka sama seperti Ahli Kitab" (Diriwayatkan oleh Malik dalam kitab al-Muwatto 1/278)

Golongan yang mendakwa berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim a.s. atau kitab zabur Nabi Daud a.s. juga dikira sama dengan majusi dari segi hukum.

Umar ibn al-Khattab radhiyallahu 'anhu tidak pernah memungut jizyah daripada majusi sehingga Abdur Rahman bin Auf radhiyallahu 'anhu bersumpah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memungut jizyah daripada majusi hajar. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 2987)

2. Dilaksanakan dengan kontrak ijab dan qabul (penawaran dan penerimaan antara mereka dengan pemerintah Islam. Pemerintah Islam atau wakilnya berkata: "Kami menerima kamu mendiami negara Islam dengan syarat kamu membayar jizyah dengan jumlah seperti berikut, dan kamu akur dengan hukum Islam." Pihak Ahli Kitab pula berkata: "Kami bersetuju dengan syarat tersebut."

3. Kutipan jizyah mestilah dinyatakan dengan jumlah tertentu. Namun kadar yang dikenakan terhadap golongan kaya dan miskin mestilah dibezakan. Persetujuan mestilah berdasarkan kepada jumlah yang ditetapkan.


4. Kontrak jizyah mestilah tidak terhad kepada tempoh tertentu, seperti dihadkan selama setahun atau sebagainya, kerana kontrak ini melibatkan perlindungan nyawa. Atas sebab itu, ia tidak boleh bersifat sementara sama seperti kontrak Islam.

-Syarat pembayaran Jizyah-
Orang yang membayar jizyah mestilah memiliki lima ciri berikut:

1. Berakal
2. Baligh (sampai umur)
3. Merdeka (bukan hamba)
4. Lelaki
5. Ahli Kitab atau seumpama mereka.


Syarat-syarat ini adalah berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Ayat ini menunjukkan bahawa jizyah hanya dikutip daripada golongan mukallaf yang layak berperang. Ini bermakna wanita dikecualikan, kerana mereka tidak terlibat dengan kewajipan berperang. Demikian juga hamba, kanak-kanak dan orang gila. Mereka semua terkecuali kerana mereka bukan golongan mukallaf.

Umar ibn al-Khattab pernah menulis surat kepada para pegawainya supaya tidak mengutip jizyah daripada wanita dan kanak-kanak. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 9/195)

-Kadar Jizyah-

Kadar jizyah paling rendah ialah satu dinar seorang untuk setahun. Dengan itu, satu dinar akan dikutip daripada lelaki yang berpendapatan di bawah paras pertengahan. Dua dinar akan dikutip daripada lelaki yang berpendapatan pertengahan. Sementara empat dinar akan dikutip dari golongan kaya. Dan kutipan lebih dari satu dinar digalakkan bagi mereka yang berkemampuan seperti yang diterangkan diatas. Walau bagaimanapun, kadar yang wajib ialah satu dinar. Sekiranya golongan kaya atau menengah enggan memeterai kontrak jizyah melebihi satu dinar, permintaan mereka ini perlu dipatuhi kerana kadar tersebut adalah kadar wajib yang dinyatakan oleh nas. Pemerintah Islam juga dibenarkan meletakkan syarat dhiyafah (iaitu pembayar jizyah menerima orang Islam sebagai tetamu) selain daripada membayar jizyah. Terdapat banyak hadis dan sunnah yang menyentuh mengenainya.

Daripada Mu'az bin Jabal radhiyallahu 'anhu, apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghantarnya ke Yaman, Baginda memerintahkannya supaya mengutip jizyah daripada setiap orang yang telah bermimpi (baligh) sebanyak satu dinar atau nilainya dengan pakaian Ma'afiri (Ma'afiri ialah pakaian yang dihasilkan di Ma'afir, satu tempat di Yaman)" (Diriwayatkan oleh Abu Dawud 3038)


Daripada Aslam rahimullah, bahawa Umar ibn al-Kjizyahhattab radhiyallahu 'anhu mengenakan jizyah ke atas pemilik emas sebanyak empat dinar, dan pemilik perak sebanyak 40 dirham, berserta memberikan makanan kepada orang Islam (maksudnya memberi makanan kepada tentera Islam yang ada di negara mereka mengikut kadar dan adat setempat) dan menerima orang Islam sebagai tetamu selama tiga hari (Diriwayatkan oleh Malik dalam kitab al-Muwatto' 1/279)

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memeterai perjanjian damai dengan penduduk Ailah dengan syarat mereka membayar 300 dinar. Bilangan mereka seramai 300 orang lelaki. Mereka juga mesti menerima orang Islam yang melalui kawasan mereka sebagai tetamu. (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi 9/195)

Umar ibn al-Khattab radhiyallahu 'anhu mengenakan jizyah ke atas golongan kaya sebanyak 48 dirham, ke atas golongan pertengahan sebanyak 24 dirham, dan ke atas golongan fakir sebanyak 12 dirham. (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi 9/195)

 #pada masa itu, nilai satu dinar sama dengan 12 dirham.

-Implikasi Kontrak Jizyah yang Membabitkan Hak Umat Islam-

Kontrak jizyah mengandungi empat perkara yang wajib ke atas pembayar jizyah, iaitu:

1. Menbayar jizyah sebagai mana yang dipersetujui bersama, iaitu sebanyak satu dinar atau lebih.

2. Undang-undang Islam terlaksana ke atas mereka. Iaitu undang-undang yang mereka perakui berkaitan dengan mereka, sekali pun secara tidak langsung, seperti pengharaman zina. Berdasarkan perkara ini juga, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah merejam seorang lelaki dan seorang wanita yahudi yang berzina. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari 6433)

Berdasarkan kenyataan di atas, mereka dilarang berurusan secara riba, melakukan perkara keji dan punca kejahatan, kerana mereka sendiri mengetahui pengharaman menurut agama mereka dan agama umat Islam. Berbeza dengan hukum Islam yang tidak diakui oleh mereka, seperti hukum minum arak. Mereka tidak mengakui pengharaman menurut agama mereka. Oleh itu undang-undang Islam tidak dikenakan ke atas mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka membawa kes tersebut kepada hakim Islam, mereka akan dihukum menurut undang-undang Islam.

3. Mereka hanya dibenarkan memperkatakan perkara yang baik tentang agama Islam. Jikalau mereka memburuk-burukkan Al-Quran, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, atau mencaci undang-undang Allah subhanahu wa ta'ala, mereka akan dihukum takzir. Jika wujud syarat tindakan tersebut boleh membatalkan kontrak, kontrak mereka dibatalkan. Sehingga mereka didapati merancang secara sulit untuk menjatuhkan Islam melalui ucapan atau perbualan, kontrak perjanjian mereka dan Islam akan dibatalkan. Namun dikecualikan jika ucapan tersebut adalah sebahagian daripada akidah mereka, seperti mereka berkata: "Muhammad bukan utusan Allah." dan "Al-Quran bukan kalam Allah ta'ala." Ucapan seperti ini tidak akan menggugat perjanjian mereka dengan umat Islam, kerana apa yang mereka ucapkan itu adalah kepercayaan mereka, walaupun apa yang diucapkan itu jelas salah.

4. Mereka tidak boleh melakukan perkara yang boleh mengancam umat Islam, seperti melindungi pengintip negara kafir atau berpakat dengan penduduk negara kafir untuk menyeksa orang Islam. Sekiranya mereka enggan membayar jizyah yang telah dipersetujui bersama walaupun jizyah tersebut melebihi satu dinar, memburuk-burukkan Allah dan Rasul-Nya, atau mereka didapati berpakat dengan negara kafir untuk menyerang umat Islam, perjanjian mereka dibatalkan.

-Perlindungan yang Mereka Perolehi-

Perjanjian umat Islam dengan Ahli Kitab mengandungi empat perkara yang perlu dipatuhi oleh orang Islam.

1. Menghentikan peperangan terhadap mereka dan mengembalikan hubungan keamanan dengan mereka. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah radhiyallahu 'anhu, antara isi kandungannya: "Mintalah mereka membayar jizyah. Jika mereka bersetuju, terimalah (jizyah) daripada mereka, dan hentikanlah serangan terhadap mereka." (Hadis Riwayat Muslim 1731)

2. Kewajipan melindungi dan menjaga keselamatan nyawa, harta dan kehormatan mereka daripada sebarang serangan terhadap diri atau harta mereka, sama ada oleh orang Islam atau orang lain. Daripada Umar bin Maimun, daripada Umar ibn al-Khattab radhiyallahu 'anhu, katanya: "Dan saya berpesan kepadanya tentang perjanjian Allah dan Rasul-Nya (iaitu Ahli Zimmah). Iaitu supaya dia melaksanakan perjanjian yang dimeterai dengan mereka, berperang mempertahankan mereka dan tidak membebankan mereka melainkan kemampuan mereka." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2887)

3. Tidak menggugat rumah ibadat mereka dan segala lambang agama mereka. Demikian juga arak dan khinzir milik mereka, selagi mana mereka tidak menunjuk-nunjuk atau melakukannya dengan megah.

Kandungan surat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada penganut Kristian Najran menyebut:

Dan untuk penduduk Najran, kawasan sekitarnya, agama mereka, orang yang tidak hadir, orang yang hadir, kaum keluarga mereka, rumah ibadat mereka dan semua yang mereka miliki, sedikit mahupun banyak. Tidak akan diubah mana-mana biskop, rahib atau pendeta mereka. Tidak akan dikenakan apa-apa diyat atau hutang darah jahiliyyah ke atas mereka. Mereka juga tidak akan merasa kerugian atau kesusahan. Bumi mereka tidak boleh dipijak oleh mana-mana tentera. Sesiapa di kalangan mereka meminta sesuatu hak, keadilan akan tertegak dalam keadaan tidak menzalimi dan tidak dizalimi.

4. Perjanjian Ahli Zimmah wajib dan berterusan ke atas orang Islam. Oleh itu pemerintah Islam atau sesiapa sahaja tidak berhak membatalkannya dalam apa keadaan sekalipun. Kerana ia satu perjanjian yang bersikap kekal. Perjanjian ini berterusan selagi ahli zimmah tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkannya seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

Monday 10 December 2012

Peringkat Dan Adab Jihad

Pertama: Berdakwah

Matlamat sebenar ialah untuk menjatuhkan golongan kafir dari takhta mereka dan hanyalah wasilah dan bukkannya matlamat, jika ia dapat dicapai tanpa melalui peperangan maka ia adalah lebih baik, dan peperangan tidak perlu dilancarkan seterusnya memerintah bangsa dan rakyat berdasarkan hukum Allah subhanahu wa ta'ala dan membenarkan nilai-nilai agama ini tersebar luas ke dalam pemikiran dan minda rakyat.

Kaedah pertama ialah berdakwah menggunakan rasional dan dialog, disamping membangkitkan potensi manusia, bersikap objektif dan memberi amaran akibat buruk daripada menolak dakwah ini. Apabila orang Islam yang telah mengambil langkah yang secukupnya dengan memberi penjelasan dan penerangan, menolak segala salah faham tentang Islam, menyingkap kepada kekusutan, menyatakan perkara makruf dan menyuruh melakukannya, menyatakan perkara mungkar dan melarang daripadanya, sekiranya matlamat yang dicitakan telah terhasil dengan cara itu, umat Islam wajib berhenti setakat itu. Mereka tidak harus tamakkan sebarang tanah, harta, pemerintahan atau kuasa selepas pencapaian tersebut.

Namun sekiranya matlamat yang dicitakan itu tidak dapat dicapai melalui cara ini, dan dakwah Islam menerima halangan dan tentangan sehingga tiada peluang sama sekali untuk menyampaikan dakwah Isalm kepada rakyat jelata, ketika itu umat Islam perlu melangkah ke peringkat kedua. Langkah ini dilakukan setelah memperoleh perintah daripada pemerintah Islam, dengan syarat mereka berkemampuan untuk berhadapan dengan situasi tersebut, iaitu situasi peperangan dan pertembungan.

Kedua: Jizyah

Selapas dakwah tidak berjaya mengajak manusia menyembah Allah 'azza wa jalla dengan cara hikmah dan nasihat, ialah peperangan dan pertembungan. Walau bagaimanapun, peperangan dan pertembungan dapat dielakkan melalui satu jalan tengah antara berdegil dengan kekufuran setelah jelas terbukti kebatilannya, dan memeluk agama Islam dengan penuh kepercayaan. Jalan tengah ialah tunduk kepada pemerintah Islam dan tertakluk kepada undang-undang syariatnya yang berkaitan dengan sistem sosial. Ketika jalan tengah ini terbuka, ia wajib diambil. Di samping itu wajib juga menegakkan pendamaian mereka dengan orang Islam berlandaskan jalan tengah itu, dengan syarat orang kafir perlu tunduk kepada sistem cukai yang perlu dibayar kepada pemerintah Islam, seperti mana zakat yang perlu dibayar oleh umat Islam. Cukai ini dinamakan sebagai jizyah.

Ketiga: Peperangan

Sekiranya golongan kafir menolak dakwah dan jizyah tibalah peringkat ketiga, iaitu peperangan. Ini berdasarkan perintah yang jelas dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Demikian juga apa yang dinyatakan oleh Rib'ie bin 'Amir kepada panglima tentera Parsi: 
"Antara perkara yang telah diajarkan kepada kami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah kami tidak dibenarkan memberi tempoh kepada musuh lebih dari tiga hari. Fikirkanlah tentang hal kamu, dan pilihlah salah satu daripada tiga pilihan ini selepas tamat tempoh:

1. Memeluk Islam dan kami akan biarkan kamu serta tanahair kamu.
2. Jizyah dan kami akan datang serta melindungi kamu. Sekiranya kamu perlukan kami, kami pasti menolong kamu.
3. Peperangan pada hari keempat"

Siapakah yang Diberi Pilihan antara Islam dan Jizyah

Pertama: golongan Ahli Kitab dan seumpama mereka. Ahli Kitab orang Yahudi dan Kristian. Sementara mereka yang seumpama dengan mereka ialah Majusi, termasuklah juga mereka yang mendakwah berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim a.s. atau Zabur Nabi Daud a.s.

Kedua: mereka yang selain daripada di atas, termasuk golongan yang tidak mempercayai Tuhan (atheis), penyembah berhala dan sebagainya.

Hanya kumpulan pertama sahaja yang dibenarkan membayar jizyah apabila mereka diberi pilihan antara Islam dan jizyah. Ini berdasarkan ayat yang dinyatakan di atas dan juga hadis Rib'ie bin 'Amir.

Mengenai golongan Majusi, Nabi shallallhu 'alaihi wasallam telah mengeluarkan perintah agar mereka dilayan sama saperti Ahli Kitab dalam mengenakan jizyah. Daripada Ja'far bin Muhammad rahimullah, daripada bapanya, bahawa Umar ibn al-Khattab radhiyallahu 'anhu ada menyebut tentang golongan Majusi, lalu berkata: 
"Saya tidak tahu apa yang hendak saya lakukan terhadap mereka." Lantas Abdur Rahman bin 'Auf radhiyallahu 'anhu berkata: "Saya bersaksi bahawa saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lakukan kepada mereka sama seperti Ahli Kitab." 
(Hadis Riwayat Malik dalam al-Muwatto 1/278 )

Daripada 'Amr bin 'Auf al-Ansori radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain untuk memungut jizyah
(Hadis Riwayat al-Bukhari 2988)

Sementara kumpulan kedua pula, iaitu golongan kafir yang lain, mereka tidak dibenarkan membayar jizyah, sebaliknya mereka perlu memeluk Islam. Tindakan ini berdasarkan nas-nas yang ada. Selain itu, golongan atheis (tidak mempercayai Tuhan) yang lain daripada Ahli Kitab dan seumpama mereka, tidak mempunyai sebarang hubungan atau asas dengan masyarakat Islam. Oleh itu, bernaung di bawah pemerintah Islam tidak membawa apa-apa erti atau faedah kepada Islam. Mereka tertakluk kepada firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
"Saya diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Sekiranya mereka melaksanakan semua perkara itu, mereka telah memelihara darah dan harta mereka daripadaku melainkan kerana hak Islam. Perhitungan mereka yang sebenar terserah kepada Allah." 
(Hadis Riwayat al-Bukhari 25)

Hikmah Disebalik Pembezaan antara Dua Kumpulan Kafir

Pembezaan antara dua kumpulan itu berdasarkan dua faktor asasi:

1. Pada dasarnya, Ahli Kitab mempunyai persamaan dengan umat Islam, kerana mereka mengimani kewujudan Allah 'azza wa jalla dan para Nabi, walaupun mereka tidak meyakini keEsaan-Nya dan kenabian Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ataupun mereka cuma meyakini bahawa Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam hanyalah Nabi yang diutuskan untuk orang Arab sahaja. Dengan ini, kumpulan ini mempunyai ruang untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam sebagai satu perlembagaan dan satu undang-undang. Keyakinan yang ada pada mereka ini menyebabkan mereka menyesuaikan diri dengan sistem Islam. Seterusnya dengan kebebasan berfikir yang telah ada, mereka akan berpeluang menilai hakiki Islam. Sekiranya mereka mempunyai fikiran yang terbuka, mereka akhirnya akan merasakan Islam adalah satu-satunya agama yang benar. Mengenai jizyah yang dikenakan hanyalah ganti kepada zakat yang diambil dari orang Islam yang kaya, untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu menyerahkan semula kepada golongan miskin di kalangan mereka dan membantu negara menjalankan tanggungjawabnya yang sempurna terhadap mereka.


2. Semua golongan kafir yang lain tidak mempunyai sebarang ikatan bersama dengan umat Islam Dengan itu, tiada ruang untuk mereka bernaung dibawah pemerintahan Islam atau berinteraksi dengannya. Selain itu, dalam segala kepercayaan mereka yang menolak kewujudan Allah 'azza wa jalla dan menafikan pencipta Jalla Jalaluhu, terdapat pelbagai kuman merbahaya yang mampu memusnahkan masyarakat yang di huni oleh mereka. Berdasarkan realiti ini, mereka membentuk satu keganjilan kemanusiaan yang terpesng jauh dari fitrah semulajadi. Jesteru, menjadi satu perkara yang selamat jika diterima daripada mereka melainkan memeluk Islam.



Wednesday 28 November 2012

Fiqhul Manhaji - Jihad



-Takrif-

Jihad dalam bahasa arab ialah kata nama terbitan daripada jaahada yang bermaksud berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam istilah Islam berusaha untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syari'at Allah subhanahu wa ta'ala untuk memimpin seluruh alam.

-Kategori-

1. Jihad melalui 'pendidikan,penyebaran kesedaran Islam dan menolak segala salah faham yang menghalang manusia daripada beriman dan memahami hakikat Islam yang sebenar.

2. Jihad dengan menyumbang harta benda untuk menampung keperluan ke arah pembentukan sebuah masyarakat Islam yang dicitakan.

3. Perang berbentuk 'mempertahankan diri' (defensive) iaitu apabila masyarakat Islam berdepan dengan serangan daripada musuh Islam yang cuba menggugat agama Islam.

4. Perang berbentuk menyerang (offensive) iaitu untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat lain di negara lain dan pemerintah tersebut pula menghalang daripada disampaikan kebenaran kepada rakyatnya.

5. Kerahan am ketika musuh menyerang negara Islam dan menggugat agama, bumi dan kebebasan beragama umat Islam.

-Galakan dan kelebihan Jihad-

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:












-Demikian juga terdapat Hadis yang menyentuh tentang Jihad-

1. Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jihad adalah wajib bersama semua pemerintah, sama ada baik mahupun yang jahat."
(Hadis Riwayat Abu Dawud 2533)

2. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Berjihadlah melawan kaum musyrik dengan harta, nyawa dan lidah kamu." 

(Hadis Riwayat Abu Dawud 2504 dan an-Nasa'ie 6/8)

3. Daripada Abdullah bin Abu Aufa radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wahai sekalian manusia! Janganlah kamu bercita-cita untuk bertembung dengan musuh, dan mintalah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertembung dengan mereka, hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah, sesungguhnya Syurga itu dibawah bayangan pedang" (Hadis Riwayat al-Bukhari 2861 & 2862 dan Muslim 1742)

4. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisinya." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2639 dan Muslim 1880)

5. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu katanya, Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tiada seorang pun hamba Allah yang mati, dan dia mempunyai kebaikan di sisi Allah, merasa gembira untuk kembali ke dunia padahal dia telah diberikan dunia dan seisinya. Kecuali orang yang mati syahid, kerana kelebihan mati syahid yang dilihatnya. Sesungguhnya dia merasa gembira untuk kembali ke dunia supaya dia dibunuh sekali lagi." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2642)

-Hukum Jihad-

Jihad adalah 'fardu kifayah' dan merujuk kepada 4 kategori diatas dan gugur daripada orang lain untuk melaksanakannya iaitu Jihad berhujah menjawab segala tomahan dan salah faham terhadap agama, menyuruh manusia melakukan kebaikan, mencegah mereka daripada melakukan kejahatan, serta menyebarkan ilmu pengetahuan dalam Islam. Dan menjadi 'fardu ain' hukumnya iaitu dalam kategori ke 5 kerahan am. Ini kerana setiap mukallaf yang berada di kawasan yang diserang musuh tersebut, baik lelaki mahupun perempuan wajib bertindak mempertahankan tanahair dan hukum Islam.

-Perbezaan antara Peperangan (al-Harb) dan Jihad-

Berdasarkan keterangan di atas, jelas sekali wujud perbezaan antara peperangan dan Jihad. Peperangan hanyalah salah satu bentuk atau kategori Jihad. Bukan setiap Jihad merupakan peperangan. Maksudnya: pengertian Jihad adalah lebih luas daripada peperangan.

-Perbezaan antara Jihad dan Pelbagai jenis perang yang lain- 

Memerangi musuh yang melakukan pencerobohan adalah bersifat keduniaan. Iaitu pencerobohan yang ditujukan kepada kehidupan, harta atau maruah. Peperangan ini dibenarkan bukan atas dasar memartabatkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala, sebaliknya ia dibenarkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan manusia yang dipertahankan oleh Islam. Demikian juga, peperangan terhadap puak pemberontak yang dilancarkan untuk menghentikan segala ketidakstabilan, menghalang pemberontak dan mempertahankan perpaduan masyarakat Islam dalam negara Islam yang bersatu. Perang ini bukan dilancarkan untuk mencapai matlamat menyeluruh yang menjadi matlamat Jihad, iaitu memertabatkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala, menyebarkan syari'at Islam dan mengangkat panji Islam di muka bumi.

Yang demikian Jihad di jalan Allah subhanahu wa ta'ala mungkin bertepatan dengan memerangi serangan musuh apabila musuh Islam menceroboh mana-mana bumi umat Islam dengan tujuan merampas tanahair dan menghapuskan agama mereka. Umat Islam akan memerangi mereka untuk menggagalkan dua tujuan itu. Peperangan ini sekaligus merupakan perang Jihad dan menangkis serangan musuh.

-Masa Jihad disyariatkan dan pengsyariatannya secara berperingkat-


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, berada di Makkah selama 13 tahun untuk mengajak manusia menyembah Allah subhanahu wa ta'ala dengan cara aman. Malah Baginda tidak bertindak terhadap sebarang serangan dari musuh. Setelah berhijrah ke Madinah, Allah subhanahu wa ta'ala telah mengizinkan peringkat awal Jihad, iaitu mempertahan diri daripada sebarang serangan musuh atau mempertahankan diri. Di antara pengsyariatan perang tersebut sabagaimana firman Allah 'azza wa jalla:




Kemudian Allah subhanahu wa ta'ala mengizinkan nabi-Nya melancarkan perang terhadap kaum musyrikin apa bila keadaan memerlukan, kecuali pada bulan-bulan haram. Perkara ini dinyatakan dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Peristiwa in berlaku selepas Perjanjian al-Hudaibiyyah

Setelah itu Allah subhanahu wa ta'ala mengizinkan perang Jihad tanpa terikat kepada masa dan tempat. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah 'azza wa jalla :



Ini bermakna proses pengsyariatan Jihad sama seperti proses pengsyariatan pengharaman arak. Hukum kedua-dua perkara ini menjadi sempurna setelah melalui beberapa peringkat. Walau bagaimanapun, pengsyariatan ini bermula sebaik sahaja Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berhijrah ke Madinah Munawwarah.

-Hikmah pengsyariatan Jihad-

Peperangan di jalan Allah subhanahu wa ta'ala ditakrifkan sebagai berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala yang mempunyai hikmah yang berkaitan dengan umat Islam yang mempertanggungjawabkan untuk melaksanakan Jihad. Jihad juga mempunyai hikmah yang berkaitan dengan orang yang ditujukan Jihad ini, iaitu orang kafir dan segala sekutu mereka. Hikmah di sebalik kewajipan Jihad untuk umat Islam ialah supaya kebenaran iman mereka terbukti. Mereka juga dapat melaksanakan sifat kehambaan sebenar yang hanya dapat dicerminkan dengan menangung kesusahan serta pengorbanan nyawa, kesenangan dan harta di jalan Allah . Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah subhanahu wa ta'ala :



Dalam pada itu, hikmah perang Jihad berkaitan orang kafir pula dapat dirasakan apabila wujud unsur tekanan dan desakan kepada mereka untuk tunduk kepada agama secara paksa atau sukarela. Hikmah ini dapat dilihat dari beberapa aspek seperti berikut:

1. Membebaskan rakyat bawahan daripada cengkaman kuasa pemerintah dan penguasa yang zalim. Dalam masyarakat tidak melaksanakan perhambaan kepada Allah 'azza wa jalla, golongan yang lemah sudah tentu ditindas oleh golongan yang berkuasa dan diperhambakan sesuka hati serta mengikut hawa nafsu. Sebaliknya, apabila iman mula bertapak didalam jiwa masyarakat ini, golongan yang berkuasa akan merasa lemah dan bertanggungjawab terhadap Allah yang Maha Pencipta dan Berkuasa. Mereka menghentikan amalan yang zalim dan memperhambakan manusia. Dalam masa yang sama juga golongan yang lemah akan merasa bahawa mereka mempunyai kuasa dan harga diri kerana keimanan mereka. Mereka meyakini bahawa tiada yang mampu memudaratkan atau memberi manfaat melainkan Allah subhanahu wa ta'ala sahaja. Dengan keyakinan ini mereka bebas dari cengkaman penguasa mereka. Mereka tidak akan takut kepada ancaman dan ugutan. Akhirnya, pelbagai golongan yang berbeza akan menjadi bertambah hampir jurangnya, dan puak-puak yang berlainan akan menjadi sama. Masing-masing merasakan bahawa mereka semua adalah bersaudara di bawah lindungan kehambaan kepada Allah 'azza wa jalla. Jihad adalah pendekatan terbaik untuk mencapai hasrat ini.


2. Menimbulkan kesedaran pada seluruh lapisan manusia bahawa bumi ini adalah milik Allah subhanahu wa ta'ala. Kerajaan dan pemerintah juga adalah milik Allah subhanahu wa ta'ala. Dengan ini, undang-undang yang wajib dilaksanakan semestinya undang-undang Allah 'azza wa jalla. Sesiapa yang akau dengan undang-undang Allah secara sukarela, bermakna die telah mendapat keredhaan Tuhannya dan mencapai kehidupan yang bahagia. Sesiapa yang tidak mahu tunduk akur secara sukarela, dia perlu dipaksa, dan caranya ialah Jihad. Jika ada yang mendakwa manusia adalah bebas untuk beragama dan melaksanakan undang-undang yang diinginkannya,  katakanlah kepadanya: "Tiada satu negara ini perlu menerima alasan ini dari rakyatnya, apabila mereka diwajibkan melaksanakan undang-undang negara yang dikuatkuasakan. Kenapa sebuah negara dibenarkan mengugut rakyat yang ingkar atau membunuh mereka sekiranya mereka enggan melaksanakannya, tetapi Tuhan bagi seluruh manusia dan negara tidak dibenarkan untuk menguatkuasakan undang-undang-Nya?"

3. Menyekat segala faktor yang boleh menimbulkan perpecahan dan permusuhan akibat menolak undang-undang dan hukum Allah subhanahu wa ta'ala, serta mengantikan dengan udang-undang hukuman manusia. Apabila manusia tidak tunduk kepada undang-undang Pencipta mereka yang Maha Unggul, mereka terpaksa tunduk dan akur kepada undang-undang buatan mereka sendiri. Undang-undang ini pula sudah tentu dicemari oleh unsur kehendak dan kepentingan mereka. Golongan yang berkuasa akan menindas golongan yang lemah. Kaedah ini akan menimbulkan pertembungan dam pelbagai tomahan. Akhirnya, pertempuran ini akan menimbulkan peperangan yang berpanjangan dan tidak akan berakhir. Penyelesaian bagi isu ini ialah kembali kepada undang-undang Allah subhanahu wa ta'ala. Dalam banyak keadaan, perkara ini hanya dapat dicapai melalui Jihad dan seperti firman Allah subhanahu wa ta'ala :


-Syarat wajib Jihad-

Terdapat beberapa syarat berkenaan para Mujahidin (orang yang berjihad) dan juga orang kafir.

A. Syarat berkenaan para Mujahidin
-Jihad (ketika dalam keadaan fardu kifayah) adalah wajib bagi sesiapa yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam. Jihad tidak diwajibkan kepada orang kafir di dunia ini. Ini kerana Jihad adalah ibadah, dan ibadah pula tidak sah dilaksanakan oleh orang kafir. Kedudukan Jihad sama seperti solat, puasa dan sebagainya.


2. Mukallaf. Jihad tidak diwajibkan kepada kanak-kanak atau orang gila. Terdapat riwayat menyatakan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengenepikan kanak-kanak yang belum cukup umur (baligh) daripada terlibat dalam peperangan:

Daripada Abdullah bin Umar radhiyallahu 'anhu katanya : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menilai menilai saya untuk menyertai perang Uhud. Saya ketika itu berusia 14 tahun. Baginda tidak membenarkan saya, Baginda menilai saya sekali lagi untuk menyertai perang Khandak. Saya ketika itu berusia 15 tahun. Baginda membenarkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2521 dan Muslim 1868)


3. Lelaki. Jihad tidak diwajibkan kepada wanita, kerana kelemahan untuk berperang, dan perintah ini ada kelonggaran, kerana ia satu fardu kifayah. Sementara itu, kaum lelaki sudah cukup untuk melaksanakannya, dan tanpa ragu lagi mereka mampu melaksanakannberbanding kaum wanita.

Daripada Aisyah radhiyallahu 'anha katanya: "Saya bertanya: Wahai Rasulullah! Bolehkah kami berJihad bersama kamu? Baginda bersabda: Kamu mempunyai Jihad yang paling baik dan paling indah, iaitu haji mabrur." (Hadis Riwayat al-Bukhari 1762) 

- Wahai Rasulullah! Adakah wanita wajib berJihad? Baginda bersabda: Ya, Jihad tanpa perang, iaitu Haji dan Umrah." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah 3074)

4. Kemampuan. Kemampuan ini merangkumi kemampuan fizikal dan kemampuan harta. Jika negara tidak mampu menampung keperluan pengangkutan, senjata, perbelanjaan dan sebagainya untuk tentera, Jihad tidak diwajibkan kepada orang yang tidak berkemampuan, seperti orang buta, tempang dan orang yang tidak mempunyai harta. Pengecualian ini berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta'ala :



Perkataan 'al-haraj' bermaksud dosa. Menafikan kesalahan bermakna menafikan dosa. Ia mengandungi penafian kewajipan Jihad ke atas mereka.

5. Persetujuan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan anak mereka keluar berJihad, dia tidak dibenarkan membantah. Ini kerana hak mereka meminta bantuan ketika perlu adalah penting. kerana ia adalah fardu ain, sedangkan Jihad ketika itu hanyalah fardu kifayah.

Dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim, diriwayatkan bahawa seorang lelaki meminta izin Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk berjihad. Baginda pun bertanya: "Adakah engkau masih ada ibu bapa? Lelaki itu menjawab: Ya. Baginda bersabda: BerJihadlah dalam berkhidmat kepada mereka."

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Saya bersumpah setia untuk berhijrah dan berJihad, kerana saya mengharapkan ganjaran daripada Allah. Baginda bertanya: Adakah anatara ibu bapamu yang masih hidup? Lelaki itu menjawab: Ya, malah kedua-dua mereka masih hidup. Baginda bertanya: Engkau mengharapkan ganjaran Allah? Lelaki itu menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kembalilah kepada ibu bapamu, dan layanlah mereka dengan baik."

Dalam riwayat Abu Dawud dan an-Nasaie pula, diriwayatkan bahawa perawi berkata:- Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Saya datang memberi sumpah setia untuk berhijrah, dan saya tinggalkan ibu bapa saya menangis" Baginda bersabda: "Kembalilah kepada mereka, dan buatlah mereka ketawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis."

Selain ibu bapa, orang yang berhutang (penghutang) tertakluk kepada kebenaran pemberi hutang (pemiutang) sekiranya hutang tersebut telah sampai tempoh pembayarannya, dan penghutang berkemampuan membayarnya. Penghutang tidak dibenarkan keluar berJihad melainkan dengan izin pemiutang.

B. Syarat berkenaan orang kafir yang diperangi
-Umat Islam hanya wajib keluar berperang sebagai Jihad setelah meneliti syarat-syarat berikut:

1. Orang kafir itu bukan kafir musta'min ( kafir harbi yang meminta dan diberikan perlindungan) mu'ahad ( kafir harbi yang terikat dengan perjanjian damai) atau ahli zimmah (rakyat bukan Islam dalam negara Islam). Ini berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta'ala mengenai hak orang kafir musta'min :


Allah subhanahu wa ta'ala juga berfirman mengenai orang kafir mu'ahad :



Ini bermakna jika tidak wujud unsur pengkhianatan, pembatalan perjanjian tidak dibenarkan. Begitu juga tidak dibenarkan memerangi pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Daripada Abu Bakrah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda mengenai pengharaman memerangi kafir zimmi : "Orang yang membunuh seorang lelaki 'zimmi' tidak akan mencium bau syurga, sedangkan sesungguhnya baunya boleh dicium dari sejauh 70 tahun perjalanan." (Hadis Riwayat Abu Dawud 2760)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Ketahuilah, sesiapa yang membunuh  satu nyawa (seorang kafir) mu'ahad yang mempunyai perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, dia telah mengkhianati perjanjian dengan Allah. Dia tidak akan mencium bau syurga, padahal sesungguhnya baunya boleh dihidu dari sejauh 70 tahun perjalanan." (Hadis Riwayat at-Tirmizi 1403 dan Ibnu Majah 2687)


2. Sebelum peperangan dilancarkan, mereka perlu diperkenalkan dengan Islam dan dijelaskan tentang Islam yang sebenar. Malah segala salah faham mereka perlu diperbetulkan. Walau bagaimanapun, setelah segala hujah dikemukakan dan mereka masih mempertahankan kekufuran mereka mereka, ini sudah cukup sebagai alasan untuk memerangi mereka. Ini berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghantar perutusan dan surat kepada raja-raja dan pemimpin dunia pada zaman Baginda untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Baginda menjelaskan kepada mereka intipati risalahnya yang diutuskan oleh Allah subhanahu wa ta'ala untuk seluruh manusia. Baginda juga meminta mereka supaya tunduk kepada Islam. Tindakan ini adalah langkah awal yang perlu dilakukan sebelum Jihad dilancarkan. Ini dengan jelas dapat dilihat berdasarkan surat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang termaktub :

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasihani lagi Maha Merahmati. Daripada Muhammad hamba dan utusan Allah kepada Hercules, Maharaja Rom. Kesejahteraan bagi sesiapa yang mengikut petunjuk. Adapun selepas itu: Sesungguhnya saya menyeru kamu dengan seruan Islam. Peluklah Islam, nescaya kamu selamat, dan Allah akan berikan kamu ganjaran sebanyak dua kali ganda. Jika kamu menolak, kamu akan memikul dosa seluruh rakyatmu (yang terus mengikut kamu dalam kebatilan)." -Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun. Dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Maka jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya), maka katakanlah kepada mereka: Bersaksilah bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam" (A-li 'Imraan 3:64) - Diriwayatkan oleh al-Bukhari 7 dan Muslim 1773.

Apabila wujud kedua-dua syarat ini, maka pemerintah Islam wajib memerangi mereka jika perlu untuk kepentingan dakwah Islam, walaupun serangan ini dilakukan tanpa sebarang amaran.


Saturday 24 November 2012

qαιѕу αв∂υℓℓαн - Hijrahku dan "itulah aku"

                                        

                                          αкυ нαηуα ιηѕαη вιαѕα.. ∂αη ιтυℓαн αкυ..




itulah aku =) tiada apa yg mahu di banggakan dan biarlah gambar yg bercerita kisah hidup aku.. 






they are my bestfriend that i ever had.. feel so warm when being with them =) tapi dah lame sangat xjumpe dorg =(



merekalah teman sejati sye.. atuk dan ayahanda.. (juz pggl dorg cmtu.. sbb dorg ok jek) 
^_^ windoo sangat2 kat dorg..



superman yang tak boleh terbang.. hehehe.. kat cnie la 1st kawan ngan photoghrapher2 yg terer2 blake..



kawan terbaekkk and they are my best brother's ever =) i respect both of them most.. dan bermula la kerjaya jd talent dorg.. haha.. poyo lak.. hee



                                               street photography.. ape pun jadi..



agak-agak, macik pacik kat luar sane ade tak trime sye jadi menantu bile nampak keadaan sye yang macam nie??



di mana aku berpijak sebelah kaki ke bumi dan mendongak ke langit.. kehkehkeh..



maaf.. sye terpakse buat pix tu cmtu, sebab talent pompuan tu tak tutup aurat dan dah jadi isteri org pun =)


                                               3rdeye crew, sye talent biase jek =)


yg nie xtau nak cte cmne.. tp amik gambar nie kat TS pas makan nak pi main bowling.. hehehe..



                        suka-suki amik pix pas g jejalan kat kawasan BB.. hehehe..



        maka ingatlah.. langit tak selalunya cerah.. ade kala mendung dan ade kala ujan..



selepas beberape bulan pastu rambut yang sye sangat sayang sye pi potong.. huk.. huk.. huk.. T_T



gambar diatas (Bangan Serai, Perak) tym atuk nikah ngan nenda.. dari kiri, Zah, Adikanda yg kuat melawan:p (ayahanda same tp bonda lain2) kehkehkeh.. pastu sye.. wink.. wink.. Atuk, Ayahanda, Hafiz @abg mael lambong.. hehe.. dan Shrifah @belalang.. huhu.. they all like my real family, sronok sngt bile kumpul reramai ngan dorg =D atuk kat sebelah kiri sye pakai songkok.. hehehe.. he's my grandpa and he's my bestfriend.. i loved him much =)


          tu diaaa.. raja sehari tu bhaii:p semoga mereka berkekalan ke anak cucu =)





gambar yang agak latest.. buang kaler kat rambut dan tekad nak btol2 brubah.. wlpun kadang terleka..



dan itulah aku sekarang.. itulah Hijrah ku.. dan InsyaAllah itulah aku selamanya.. :- Daripada Umar Ibn al-Khattab Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bahawa sesungguhnya, setiap amalan itu bergantung kepada 'niat' dan bahawa sesungguhnya, bagi setiap orang  akan mendapat apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang Hijrahnya menuju kepada 'ALLAH dan RasulNya' maka Hijrahnya akan sampai kepada 'ALLAH dan RasulNya'. Barangsiapa siapa Hijrahnya kerana dunia atau seorang perempuan yang mahu di kahwininya, maka Hijrahnya (hanya) mendapat apa yang di inginkannya". 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

                                                                - sekian -