Wednesday 28 November 2012

Fiqhul Manhaji - Jihad



-Takrif-

Jihad dalam bahasa arab ialah kata nama terbitan daripada jaahada yang bermaksud berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam istilah Islam berusaha untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syari'at Allah subhanahu wa ta'ala untuk memimpin seluruh alam.

-Kategori-

1. Jihad melalui 'pendidikan,penyebaran kesedaran Islam dan menolak segala salah faham yang menghalang manusia daripada beriman dan memahami hakikat Islam yang sebenar.

2. Jihad dengan menyumbang harta benda untuk menampung keperluan ke arah pembentukan sebuah masyarakat Islam yang dicitakan.

3. Perang berbentuk 'mempertahankan diri' (defensive) iaitu apabila masyarakat Islam berdepan dengan serangan daripada musuh Islam yang cuba menggugat agama Islam.

4. Perang berbentuk menyerang (offensive) iaitu untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat lain di negara lain dan pemerintah tersebut pula menghalang daripada disampaikan kebenaran kepada rakyatnya.

5. Kerahan am ketika musuh menyerang negara Islam dan menggugat agama, bumi dan kebebasan beragama umat Islam.

-Galakan dan kelebihan Jihad-

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:












-Demikian juga terdapat Hadis yang menyentuh tentang Jihad-

1. Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jihad adalah wajib bersama semua pemerintah, sama ada baik mahupun yang jahat."
(Hadis Riwayat Abu Dawud 2533)

2. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Berjihadlah melawan kaum musyrik dengan harta, nyawa dan lidah kamu." 

(Hadis Riwayat Abu Dawud 2504 dan an-Nasa'ie 6/8)

3. Daripada Abdullah bin Abu Aufa radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wahai sekalian manusia! Janganlah kamu bercita-cita untuk bertembung dengan musuh, dan mintalah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertembung dengan mereka, hendaklah kamu bersabar. Ketahuilah, sesungguhnya Syurga itu dibawah bayangan pedang" (Hadis Riwayat al-Bukhari 2861 & 2862 dan Muslim 1742)

4. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu katanya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisinya." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2639 dan Muslim 1880)

5. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu katanya, Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tiada seorang pun hamba Allah yang mati, dan dia mempunyai kebaikan di sisi Allah, merasa gembira untuk kembali ke dunia padahal dia telah diberikan dunia dan seisinya. Kecuali orang yang mati syahid, kerana kelebihan mati syahid yang dilihatnya. Sesungguhnya dia merasa gembira untuk kembali ke dunia supaya dia dibunuh sekali lagi." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2642)

-Hukum Jihad-

Jihad adalah 'fardu kifayah' dan merujuk kepada 4 kategori diatas dan gugur daripada orang lain untuk melaksanakannya iaitu Jihad berhujah menjawab segala tomahan dan salah faham terhadap agama, menyuruh manusia melakukan kebaikan, mencegah mereka daripada melakukan kejahatan, serta menyebarkan ilmu pengetahuan dalam Islam. Dan menjadi 'fardu ain' hukumnya iaitu dalam kategori ke 5 kerahan am. Ini kerana setiap mukallaf yang berada di kawasan yang diserang musuh tersebut, baik lelaki mahupun perempuan wajib bertindak mempertahankan tanahair dan hukum Islam.

-Perbezaan antara Peperangan (al-Harb) dan Jihad-

Berdasarkan keterangan di atas, jelas sekali wujud perbezaan antara peperangan dan Jihad. Peperangan hanyalah salah satu bentuk atau kategori Jihad. Bukan setiap Jihad merupakan peperangan. Maksudnya: pengertian Jihad adalah lebih luas daripada peperangan.

-Perbezaan antara Jihad dan Pelbagai jenis perang yang lain- 

Memerangi musuh yang melakukan pencerobohan adalah bersifat keduniaan. Iaitu pencerobohan yang ditujukan kepada kehidupan, harta atau maruah. Peperangan ini dibenarkan bukan atas dasar memartabatkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala, sebaliknya ia dibenarkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan manusia yang dipertahankan oleh Islam. Demikian juga, peperangan terhadap puak pemberontak yang dilancarkan untuk menghentikan segala ketidakstabilan, menghalang pemberontak dan mempertahankan perpaduan masyarakat Islam dalam negara Islam yang bersatu. Perang ini bukan dilancarkan untuk mencapai matlamat menyeluruh yang menjadi matlamat Jihad, iaitu memertabatkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala, menyebarkan syari'at Islam dan mengangkat panji Islam di muka bumi.

Yang demikian Jihad di jalan Allah subhanahu wa ta'ala mungkin bertepatan dengan memerangi serangan musuh apabila musuh Islam menceroboh mana-mana bumi umat Islam dengan tujuan merampas tanahair dan menghapuskan agama mereka. Umat Islam akan memerangi mereka untuk menggagalkan dua tujuan itu. Peperangan ini sekaligus merupakan perang Jihad dan menangkis serangan musuh.

-Masa Jihad disyariatkan dan pengsyariatannya secara berperingkat-


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, berada di Makkah selama 13 tahun untuk mengajak manusia menyembah Allah subhanahu wa ta'ala dengan cara aman. Malah Baginda tidak bertindak terhadap sebarang serangan dari musuh. Setelah berhijrah ke Madinah, Allah subhanahu wa ta'ala telah mengizinkan peringkat awal Jihad, iaitu mempertahan diri daripada sebarang serangan musuh atau mempertahankan diri. Di antara pengsyariatan perang tersebut sabagaimana firman Allah 'azza wa jalla:




Kemudian Allah subhanahu wa ta'ala mengizinkan nabi-Nya melancarkan perang terhadap kaum musyrikin apa bila keadaan memerlukan, kecuali pada bulan-bulan haram. Perkara ini dinyatakan dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala :


Peristiwa in berlaku selepas Perjanjian al-Hudaibiyyah

Setelah itu Allah subhanahu wa ta'ala mengizinkan perang Jihad tanpa terikat kepada masa dan tempat. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah 'azza wa jalla :



Ini bermakna proses pengsyariatan Jihad sama seperti proses pengsyariatan pengharaman arak. Hukum kedua-dua perkara ini menjadi sempurna setelah melalui beberapa peringkat. Walau bagaimanapun, pengsyariatan ini bermula sebaik sahaja Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berhijrah ke Madinah Munawwarah.

-Hikmah pengsyariatan Jihad-

Peperangan di jalan Allah subhanahu wa ta'ala ditakrifkan sebagai berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan Kalimah Allah subhanahu wa ta'ala yang mempunyai hikmah yang berkaitan dengan umat Islam yang mempertanggungjawabkan untuk melaksanakan Jihad. Jihad juga mempunyai hikmah yang berkaitan dengan orang yang ditujukan Jihad ini, iaitu orang kafir dan segala sekutu mereka. Hikmah di sebalik kewajipan Jihad untuk umat Islam ialah supaya kebenaran iman mereka terbukti. Mereka juga dapat melaksanakan sifat kehambaan sebenar yang hanya dapat dicerminkan dengan menangung kesusahan serta pengorbanan nyawa, kesenangan dan harta di jalan Allah . Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah subhanahu wa ta'ala :



Dalam pada itu, hikmah perang Jihad berkaitan orang kafir pula dapat dirasakan apabila wujud unsur tekanan dan desakan kepada mereka untuk tunduk kepada agama secara paksa atau sukarela. Hikmah ini dapat dilihat dari beberapa aspek seperti berikut:

1. Membebaskan rakyat bawahan daripada cengkaman kuasa pemerintah dan penguasa yang zalim. Dalam masyarakat tidak melaksanakan perhambaan kepada Allah 'azza wa jalla, golongan yang lemah sudah tentu ditindas oleh golongan yang berkuasa dan diperhambakan sesuka hati serta mengikut hawa nafsu. Sebaliknya, apabila iman mula bertapak didalam jiwa masyarakat ini, golongan yang berkuasa akan merasa lemah dan bertanggungjawab terhadap Allah yang Maha Pencipta dan Berkuasa. Mereka menghentikan amalan yang zalim dan memperhambakan manusia. Dalam masa yang sama juga golongan yang lemah akan merasa bahawa mereka mempunyai kuasa dan harga diri kerana keimanan mereka. Mereka meyakini bahawa tiada yang mampu memudaratkan atau memberi manfaat melainkan Allah subhanahu wa ta'ala sahaja. Dengan keyakinan ini mereka bebas dari cengkaman penguasa mereka. Mereka tidak akan takut kepada ancaman dan ugutan. Akhirnya, pelbagai golongan yang berbeza akan menjadi bertambah hampir jurangnya, dan puak-puak yang berlainan akan menjadi sama. Masing-masing merasakan bahawa mereka semua adalah bersaudara di bawah lindungan kehambaan kepada Allah 'azza wa jalla. Jihad adalah pendekatan terbaik untuk mencapai hasrat ini.


2. Menimbulkan kesedaran pada seluruh lapisan manusia bahawa bumi ini adalah milik Allah subhanahu wa ta'ala. Kerajaan dan pemerintah juga adalah milik Allah subhanahu wa ta'ala. Dengan ini, undang-undang yang wajib dilaksanakan semestinya undang-undang Allah 'azza wa jalla. Sesiapa yang akau dengan undang-undang Allah secara sukarela, bermakna die telah mendapat keredhaan Tuhannya dan mencapai kehidupan yang bahagia. Sesiapa yang tidak mahu tunduk akur secara sukarela, dia perlu dipaksa, dan caranya ialah Jihad. Jika ada yang mendakwa manusia adalah bebas untuk beragama dan melaksanakan undang-undang yang diinginkannya,  katakanlah kepadanya: "Tiada satu negara ini perlu menerima alasan ini dari rakyatnya, apabila mereka diwajibkan melaksanakan undang-undang negara yang dikuatkuasakan. Kenapa sebuah negara dibenarkan mengugut rakyat yang ingkar atau membunuh mereka sekiranya mereka enggan melaksanakannya, tetapi Tuhan bagi seluruh manusia dan negara tidak dibenarkan untuk menguatkuasakan undang-undang-Nya?"

3. Menyekat segala faktor yang boleh menimbulkan perpecahan dan permusuhan akibat menolak undang-undang dan hukum Allah subhanahu wa ta'ala, serta mengantikan dengan udang-undang hukuman manusia. Apabila manusia tidak tunduk kepada undang-undang Pencipta mereka yang Maha Unggul, mereka terpaksa tunduk dan akur kepada undang-undang buatan mereka sendiri. Undang-undang ini pula sudah tentu dicemari oleh unsur kehendak dan kepentingan mereka. Golongan yang berkuasa akan menindas golongan yang lemah. Kaedah ini akan menimbulkan pertembungan dam pelbagai tomahan. Akhirnya, pertempuran ini akan menimbulkan peperangan yang berpanjangan dan tidak akan berakhir. Penyelesaian bagi isu ini ialah kembali kepada undang-undang Allah subhanahu wa ta'ala. Dalam banyak keadaan, perkara ini hanya dapat dicapai melalui Jihad dan seperti firman Allah subhanahu wa ta'ala :


-Syarat wajib Jihad-

Terdapat beberapa syarat berkenaan para Mujahidin (orang yang berjihad) dan juga orang kafir.

A. Syarat berkenaan para Mujahidin
-Jihad (ketika dalam keadaan fardu kifayah) adalah wajib bagi sesiapa yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Islam. Jihad tidak diwajibkan kepada orang kafir di dunia ini. Ini kerana Jihad adalah ibadah, dan ibadah pula tidak sah dilaksanakan oleh orang kafir. Kedudukan Jihad sama seperti solat, puasa dan sebagainya.


2. Mukallaf. Jihad tidak diwajibkan kepada kanak-kanak atau orang gila. Terdapat riwayat menyatakan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengenepikan kanak-kanak yang belum cukup umur (baligh) daripada terlibat dalam peperangan:

Daripada Abdullah bin Umar radhiyallahu 'anhu katanya : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menilai menilai saya untuk menyertai perang Uhud. Saya ketika itu berusia 14 tahun. Baginda tidak membenarkan saya, Baginda menilai saya sekali lagi untuk menyertai perang Khandak. Saya ketika itu berusia 15 tahun. Baginda membenarkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari 2521 dan Muslim 1868)


3. Lelaki. Jihad tidak diwajibkan kepada wanita, kerana kelemahan untuk berperang, dan perintah ini ada kelonggaran, kerana ia satu fardu kifayah. Sementara itu, kaum lelaki sudah cukup untuk melaksanakannya, dan tanpa ragu lagi mereka mampu melaksanakannberbanding kaum wanita.

Daripada Aisyah radhiyallahu 'anha katanya: "Saya bertanya: Wahai Rasulullah! Bolehkah kami berJihad bersama kamu? Baginda bersabda: Kamu mempunyai Jihad yang paling baik dan paling indah, iaitu haji mabrur." (Hadis Riwayat al-Bukhari 1762) 

- Wahai Rasulullah! Adakah wanita wajib berJihad? Baginda bersabda: Ya, Jihad tanpa perang, iaitu Haji dan Umrah." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah 3074)

4. Kemampuan. Kemampuan ini merangkumi kemampuan fizikal dan kemampuan harta. Jika negara tidak mampu menampung keperluan pengangkutan, senjata, perbelanjaan dan sebagainya untuk tentera, Jihad tidak diwajibkan kepada orang yang tidak berkemampuan, seperti orang buta, tempang dan orang yang tidak mempunyai harta. Pengecualian ini berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta'ala :



Perkataan 'al-haraj' bermaksud dosa. Menafikan kesalahan bermakna menafikan dosa. Ia mengandungi penafian kewajipan Jihad ke atas mereka.

5. Persetujuan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan anak mereka keluar berJihad, dia tidak dibenarkan membantah. Ini kerana hak mereka meminta bantuan ketika perlu adalah penting. kerana ia adalah fardu ain, sedangkan Jihad ketika itu hanyalah fardu kifayah.

Dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim, diriwayatkan bahawa seorang lelaki meminta izin Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk berjihad. Baginda pun bertanya: "Adakah engkau masih ada ibu bapa? Lelaki itu menjawab: Ya. Baginda bersabda: BerJihadlah dalam berkhidmat kepada mereka."

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Saya bersumpah setia untuk berhijrah dan berJihad, kerana saya mengharapkan ganjaran daripada Allah. Baginda bertanya: Adakah anatara ibu bapamu yang masih hidup? Lelaki itu menjawab: Ya, malah kedua-dua mereka masih hidup. Baginda bertanya: Engkau mengharapkan ganjaran Allah? Lelaki itu menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kembalilah kepada ibu bapamu, dan layanlah mereka dengan baik."

Dalam riwayat Abu Dawud dan an-Nasaie pula, diriwayatkan bahawa perawi berkata:- Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Saya datang memberi sumpah setia untuk berhijrah, dan saya tinggalkan ibu bapa saya menangis" Baginda bersabda: "Kembalilah kepada mereka, dan buatlah mereka ketawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis."

Selain ibu bapa, orang yang berhutang (penghutang) tertakluk kepada kebenaran pemberi hutang (pemiutang) sekiranya hutang tersebut telah sampai tempoh pembayarannya, dan penghutang berkemampuan membayarnya. Penghutang tidak dibenarkan keluar berJihad melainkan dengan izin pemiutang.

B. Syarat berkenaan orang kafir yang diperangi
-Umat Islam hanya wajib keluar berperang sebagai Jihad setelah meneliti syarat-syarat berikut:

1. Orang kafir itu bukan kafir musta'min ( kafir harbi yang meminta dan diberikan perlindungan) mu'ahad ( kafir harbi yang terikat dengan perjanjian damai) atau ahli zimmah (rakyat bukan Islam dalam negara Islam). Ini berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta'ala mengenai hak orang kafir musta'min :


Allah subhanahu wa ta'ala juga berfirman mengenai orang kafir mu'ahad :



Ini bermakna jika tidak wujud unsur pengkhianatan, pembatalan perjanjian tidak dibenarkan. Begitu juga tidak dibenarkan memerangi pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Daripada Abu Bakrah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda mengenai pengharaman memerangi kafir zimmi : "Orang yang membunuh seorang lelaki 'zimmi' tidak akan mencium bau syurga, sedangkan sesungguhnya baunya boleh dicium dari sejauh 70 tahun perjalanan." (Hadis Riwayat Abu Dawud 2760)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Ketahuilah, sesiapa yang membunuh  satu nyawa (seorang kafir) mu'ahad yang mempunyai perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, dia telah mengkhianati perjanjian dengan Allah. Dia tidak akan mencium bau syurga, padahal sesungguhnya baunya boleh dihidu dari sejauh 70 tahun perjalanan." (Hadis Riwayat at-Tirmizi 1403 dan Ibnu Majah 2687)


2. Sebelum peperangan dilancarkan, mereka perlu diperkenalkan dengan Islam dan dijelaskan tentang Islam yang sebenar. Malah segala salah faham mereka perlu diperbetulkan. Walau bagaimanapun, setelah segala hujah dikemukakan dan mereka masih mempertahankan kekufuran mereka mereka, ini sudah cukup sebagai alasan untuk memerangi mereka. Ini berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghantar perutusan dan surat kepada raja-raja dan pemimpin dunia pada zaman Baginda untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Baginda menjelaskan kepada mereka intipati risalahnya yang diutuskan oleh Allah subhanahu wa ta'ala untuk seluruh manusia. Baginda juga meminta mereka supaya tunduk kepada Islam. Tindakan ini adalah langkah awal yang perlu dilakukan sebelum Jihad dilancarkan. Ini dengan jelas dapat dilihat berdasarkan surat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang termaktub :

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasihani lagi Maha Merahmati. Daripada Muhammad hamba dan utusan Allah kepada Hercules, Maharaja Rom. Kesejahteraan bagi sesiapa yang mengikut petunjuk. Adapun selepas itu: Sesungguhnya saya menyeru kamu dengan seruan Islam. Peluklah Islam, nescaya kamu selamat, dan Allah akan berikan kamu ganjaran sebanyak dua kali ganda. Jika kamu menolak, kamu akan memikul dosa seluruh rakyatmu (yang terus mengikut kamu dalam kebatilan)." -Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun. Dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Maka jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya), maka katakanlah kepada mereka: Bersaksilah bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam" (A-li 'Imraan 3:64) - Diriwayatkan oleh al-Bukhari 7 dan Muslim 1773.

Apabila wujud kedua-dua syarat ini, maka pemerintah Islam wajib memerangi mereka jika perlu untuk kepentingan dakwah Islam, walaupun serangan ini dilakukan tanpa sebarang amaran.


Saturday 24 November 2012

qαιѕу αв∂υℓℓαн - Hijrahku dan "itulah aku"

                                        

                                          αкυ нαηуα ιηѕαη вιαѕα.. ∂αη ιтυℓαн αкυ..




itulah aku =) tiada apa yg mahu di banggakan dan biarlah gambar yg bercerita kisah hidup aku.. 






they are my bestfriend that i ever had.. feel so warm when being with them =) tapi dah lame sangat xjumpe dorg =(



merekalah teman sejati sye.. atuk dan ayahanda.. (juz pggl dorg cmtu.. sbb dorg ok jek) 
^_^ windoo sangat2 kat dorg..



superman yang tak boleh terbang.. hehehe.. kat cnie la 1st kawan ngan photoghrapher2 yg terer2 blake..



kawan terbaekkk and they are my best brother's ever =) i respect both of them most.. dan bermula la kerjaya jd talent dorg.. haha.. poyo lak.. hee



                                               street photography.. ape pun jadi..



agak-agak, macik pacik kat luar sane ade tak trime sye jadi menantu bile nampak keadaan sye yang macam nie??



di mana aku berpijak sebelah kaki ke bumi dan mendongak ke langit.. kehkehkeh..



maaf.. sye terpakse buat pix tu cmtu, sebab talent pompuan tu tak tutup aurat dan dah jadi isteri org pun =)


                                               3rdeye crew, sye talent biase jek =)


yg nie xtau nak cte cmne.. tp amik gambar nie kat TS pas makan nak pi main bowling.. hehehe..



                        suka-suki amik pix pas g jejalan kat kawasan BB.. hehehe..



        maka ingatlah.. langit tak selalunya cerah.. ade kala mendung dan ade kala ujan..



selepas beberape bulan pastu rambut yang sye sangat sayang sye pi potong.. huk.. huk.. huk.. T_T



gambar diatas (Bangan Serai, Perak) tym atuk nikah ngan nenda.. dari kiri, Zah, Adikanda yg kuat melawan:p (ayahanda same tp bonda lain2) kehkehkeh.. pastu sye.. wink.. wink.. Atuk, Ayahanda, Hafiz @abg mael lambong.. hehe.. dan Shrifah @belalang.. huhu.. they all like my real family, sronok sngt bile kumpul reramai ngan dorg =D atuk kat sebelah kiri sye pakai songkok.. hehehe.. he's my grandpa and he's my bestfriend.. i loved him much =)


          tu diaaa.. raja sehari tu bhaii:p semoga mereka berkekalan ke anak cucu =)





gambar yang agak latest.. buang kaler kat rambut dan tekad nak btol2 brubah.. wlpun kadang terleka..



dan itulah aku sekarang.. itulah Hijrah ku.. dan InsyaAllah itulah aku selamanya.. :- Daripada Umar Ibn al-Khattab Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bahawa sesungguhnya, setiap amalan itu bergantung kepada 'niat' dan bahawa sesungguhnya, bagi setiap orang  akan mendapat apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang Hijrahnya menuju kepada 'ALLAH dan RasulNya' maka Hijrahnya akan sampai kepada 'ALLAH dan RasulNya'. Barangsiapa siapa Hijrahnya kerana dunia atau seorang perempuan yang mahu di kahwininya, maka Hijrahnya (hanya) mendapat apa yang di inginkannya". 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

                                                                - sekian -

Thursday 22 November 2012

ιηηα ѕσℓαтι, ωαηαѕυкι, ωαмαнуαуα, ωαмαмαтι, ℓιℓℓαнιrαввιℓ αℓαмιη

۩۞۩ سْــــــــــــــــــم ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

- Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani -


-Selawat serta Salam keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda-


Alhamdulillah.. Dengan Izin Allah subhanahu wa ta'ala, dapatlah saya berkongsi sedikit pengetahuan dan semoga bermanfaat walaupun dalam kecetekan ilmu dan perlu mencari ilmu lagi melainkan apa yang dikehendakiNya, sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam  surah Al-Baqarah ayat 225 : "... Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan IzinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) Ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).." 
#maaf cuma potongan ayat.

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Mencari Ilmu adalah Fardu bagi setiap orang Islam" 
(Hadis Riwayat - Ibnu Majah :0184)

Disini saya ingin menyentuh sedikit mengenai "Istiqomah"
Istiqomah bermaksud lurus dan rata sila rujuk pada Kitab lisanul arab karya Ibnul Mandzur 12:498, dan Ibnu Rajab berkata dalam Kitab karangnya "Jalan yang lurus, iaitu ad-Dinul Qayyim tanpa adanya kepincangan baik ke kanan mahupun ke kiri dan Batiniyah serta meninggalkan semua larangan-laranganNya. 
(Jami' al-Ulum wa al Hakim karya Ibnu Rajab Al Hanbali 1:50)

Tafsir Al-Quran mengenai Istiqomah:

-> Memahami pengertian "Dua kalimah syahadah" yang merupakan rukun Agama Islam yang pertama bagi muslimin dan muslimat. 

"Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya." (surah Ibrahim ayat 27) 

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu) maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." 
(surah Al-Ahqaaf ayat 13)

-> Doa Iftitah dan surah Al-Fatihah: 
Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati lillahirabbil alamin "solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah." Surah Al-Faatihah adalah surah yang setiap hari kita baca ketika dalam solat ataupun ketika sedang berDoa.. Maka secara langsung kita telah berIstiqomah dengan memahami 'maksud ayat' dan bacaan dengan mengaku "hanya" Allah subhanahu wa ta'ala yang diSembah dan tempat kita memohon "pertolongan" dan berDoa agar ditunjukkan jalan yang lurus.

"Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" (surah Al-Faatihah ayat 5)

"Tunjukilah kami jalan yang lurus" (surah Al-Faatihah ayat 6) 


-> Setiap insan yang sedaya upaya berIstiqomah akan diberi Hidayah menuju jalan yang lurus dan terhindar dari sifat-sifat munafik.. Teman-teman yang soleh juga akan sentiasa mengingatkan kita dari kekeliruan, dan dalam Al-Quran di sebutkan hal yang membantu meneguhkan keimanan para sahabat adalah keberadaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam seperti firman Allah subhanahu wa ta'ala:

"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh Petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)" (surah A'li Imraan ayat 101)

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalin kepada tali Allah (agama Islam) ..." 
(surah A'li Imraan ayat 103) #maaf cuma potongan ayat. 

-> Akan tetapi kita sebagai manusia biasa sentiasa alpa dan kurang sempurna dalam berIstiqomah menyebabkan nilai Istiqomah berkurangan. Dan jalan keluar untuk membaiki kelemahan tersebut adalah dengan berIstighfar dan memohon keampunan Allah subhanahu wa ta'ala dan InsyaAllah akan ditemani oleh malaikat sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala:

" ... maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya) serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) ..." (surah Fussilat ayat 6) #maaf cuma potongan ayat. 

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." (surah Fussilat ayat 30)

- Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang Istiqomah dan saya ambil sedikit hadis dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam -

Hadis mengenai Istiqomah:

-> Dari Abu Amr:- Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan wasiat Istiqomah ini pada Sufyan bin Abdullah Radhiallahu anhum yang meminta nasihat pada Baginda: "wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkataan yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau" Lantas Baginda menjawab: "Katakan aku berIman pada Allah dan beristiqomahlah" (Hadis Riwayat Muslim; 62) 

-> Kaitan Istiqomah dan niat: Daripada Umar Ibn al-Khattab Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bahawa sesungguhnya, setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang Hijrahnya menuju kepada 'Allah dan Rasulnya' maka Hijrahnya akan sampai kepada'Allah dan Rasulnya'. Barangsiapa yang Hijrahnya kerana dunia atau kerana seorang perempuan yang mahu di kahwininya, maka Hijrahnya (hanya) mendapat apa yang di inginkannya" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

-> Amalan dan Istiqomah: Daripada Aisyah Radhiyallahu 'anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya 'Allah tidak jemu' sehinggalah 'kamu jemu'. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang 'Berterusan walaupun Sedikit" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Maka hendaklah kita selalu berDoa kepada Allah subhanahu wa ta'ala agar kekal dalam Istiqomah hingga keakhir hayat. 

-> Dari Ummu Salamah Radhiyallahu 'anhu mengatakan: Doa yang paling sering dibaca oleh oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam; "Yaa mugollibal qulub tsabbit qolbi 'ala diinik" ertinya "Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama Mu" (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Hakim)

- Disamping itu hendaklah kita selalu ikhlas (sentiasa Istiqomah) dalam ibadah - 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mahukah kamu ku beritahu tentang sesuatu yang menurut ku lebih aku khuatiri terhadap kalian daripada (fitnah) al masih ad-dajjal?" para sahabat berkata, "tentu saja". Baginda bersabda, "syirik khafi" (yang tersembunyi), iaitu ketika seseorang berdiri mengerjakan solat, dia memperbaguskan solatnya kerana mengetahui ada orang lain memerhatikannya." #sila rujuk Kitab Fadhilat amal.

#maaf diatas kekurangan dan teguran amatlah dihargai, yang baik itu datangnya dari Allah subhanahu wa ta'ala dan yang buruk itu dari saya.

- wallahu'alam -